Assalamualaikum dan selamat sejahtera... Dah lama saya nak berkongsi cerita saya kena demam denggi ni tapi saya ni bukan pencerita yang baik, jadi nak mengarang tu ambil masa yang agak lama tapi akhirnya, siap juga walaupun dah skip banyak.... Macam tulis novel pendek pulak...konon... Entah orang faham ke tidak baca cerita ni...tapi sudi2kan jugak baca yer....
Pada hujung bulan Februari hari tu saya dan suami disahkan terkena wabak demam denggi. Memang kawasan perumahan kami ramai yang kena. Maklumlah hujan panas silih berganti waktu tu, 2 hari hujan, 3,4 hari pulak panas. Sempatlah nyamuk aedes membiak. Nak dijadikan cerita, kami suami isteri kena demam serentak. Sakit kepala, sakit sendi, lenguh badan, hanyaTuhan saja yang tahu. Selimut jangan ceritalah, berlapis-lapis. Selepas 4 hari demam maka kami mengambil keputusan untuk melakukan ujian darah...memang sah kami kena demam denggi.