Bila perkataan senggugut disebut.. semua wanita tahu apa itu senggugut tapi tak semua orang pernah merasai sakitnya senggugut kan? Ketika saya menulis tajuk ni, saya baru sahaja selesai bertarung kesakitan yang tidak terhingga... dah lama dalam hidup saya, saya tak telan paracetamol tapi hari ini demi anak-anak, saya terpaksa juga telan sebiji memandangkan suami tiada di rumah. Setelah 1/2 jam berguling-guling kesakitan, akhirnya saya rasa lega...hanya Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya dikala itu..
Sewaktu muda dulu, saya biasa jugak senggugut tapi dihujung-hujung umur 30an ni, keadaan semakin teruk. Sakitnya sama seperti waktu saya mahu bersalin anak yang sulung dahulu. Waktu tu tiub fallopio saya dah twist disebabkan saya ada ovarian cyst sebesar 7cm. Waktu tiub saya twist, saya juga alami contraction untuk bersalin. Rasanya lebih kurang sama dengan senggugut sebentar tadi...MasyaAllah..sakit sungguh...
Senggugut dibahagikan kepada dua iaitu Senggugut utama dan Senggugut kedua.
Senggugut utama atau Senggugut primari adalah disebabkan oleh penghasilan hormon prostaglandin oleh badan yang menyebabkan pengecutan rahim yang luar biasa kuat. Senggugut utama biasanya berlaku pada wanita remaja belum kahwin dan menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid.
Manakala senggugut sekondari disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim ( endometriosis ) dan berlaku pendarahan di dalam perut, atau jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang kebiasaannya pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang kedatangan pendarahan haid.
Haaaa!!! Senggugut kedua ni yang saya takut. Memandangkan saya pernah ada sejarah ovarian cyst, jadi saya perlu buat medical checkup jugak lah...IsyaAllah saya akan cuba berjumpa dengan doktor dalam masa terdekat..doakan yang tebaik untuk saya..
Disamping nak berjumpa doktor, saya juga akan mengambil tablet GLA bagi membantu pengawal aturan hormon saya. Tunggu perkongsian hasilnya nanti kerana GLA sangat terkenal dapat membantu memperbaiki sistem PMS. Sedikit per kongsian tentang GLA..
GLA Shaklee terdiri daripada :
- Borage seed - 17%-25% (lebih 2x ganda GLA daripada Evening Primerose Oil)
- Blackcurrant - 15%-20%
- EPO - 7%-10%
Setiap kapsul mengandungi 300mg GLA yang mana ia merupakan sumber terbaik Omega 6. Ia digabungkan dengan minyak bunga matahari dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya.
GLA bukan sahaja untuk wanita tapi juga sesuai untuk lelaki.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Sharing is caring..
~roslina~
No comments:
Post a Comment