Bagi ibu-ibu yang mempunyai bayi, pasti tidak asing bila
mendengar nama DHA dan ARA. DHA dan ARA merupakan asid lemak yang sangat
diperlukan bayi untuk perkembangan otak dan ketajaman penglihatan. Hampir semua
pengeluar susu formula berlumba-lumba memperbanyakkan kandungan DHA dan ARA.
Harga susu akan naik berlipat kali ganda jika mengandungi DHA dan RNA
berbanding yang tidak mengandungi asid lemak essential itu.
Sebenarnya bayi kita mampu memperolehi DHA dan ARA secara
percuma. Dimana? Sudah tentu didalam susu ibu. Sebagaimana yang kita tahu, bayi
yang menyusu ibu sepenuhnya, perkembangan otaknya lebih bagus jika dibandingkan
dengan bayi yang memnggunakan susu formula. Dari kajian yang dilakukan,
didapati susu ibu mengandungi asid lemak ini. Walaupun jumlahnya sedikit, tapi
ternyata ia sangat penting untuk perkembangan intelektual dan penglihatan anak.
Dari kajian yang dilakukan didapati :
- Bayi bayi yang mendapatkan susu formula yang diperkaya dengan LC-PUFA (contohnya DHA dan ARA) menunjukan ketajaman penglihatan yang lebih baik daripada mereka yang mendapatkan susu formula tanpa LC-PUFA.
- Bayi yang mendapatkan susu formula dengan DHA dan ARA memiliki ketajaman penglihatan yang sama dengan bayi bayi yang mendapat ASI, sementara mereka yang mendapatkan susu formula tanpa DHA dan ARA ketajaman penglihatannya lebih rendah.
- Bayi yang mendapatkan susu formula yang diperkaya dengan DHA dan ARA mengalami peningkatan kemampuan intelektual dibandingkan mereka yang mendapat susu formula tanpa DHA dan ARA.
- Pada bayi prematur yang mendapat tambahan DHA dalam makanannya ternyata menunjukan peningkatan perkembangan sel sel di retina dan ketajaman penglihatan, serta peningkatan perkembangan sel sel di korteks otak dan kemampuan belajar serta mengolah informasi.
Disebabkan itu, didapati bayi yang minum susu ibu lebih cerdas dan bagus penglihatannya jika dibandingkan dengan bayi yang mengambil susu formula. Oleh sebab itu, ibu yang hamil atau menyusukan anak, perlulah memperkayakan sumber makanan yang tinggi kandungan asid DHA dan RNA kerana, mengambilan yang cukup, secara tak langsung akan meningkatkan jumlah asid lemak tersebut didalam susu ibu.
Apa sebenarnya fungsi DHA dan ARA dalam perkembangan otak dan mata bayi?
DHA dan ARA merupakan komponen utama lemak membran sel dan merupakan
asid lemak tak perlu rantai panjang (LC-PUFA) utama dalam sistem saraf
pusat. DHA juga merupakan komponen utama membran sel fotoreseptor
retina. Melihat peranannya yang vital, wajar jika kekurangan DHA dan ARA
dapat berpengaruhi perkembangan otak dan mata bayi.
Pertumbuhan otak maksima bayi ialah semasa 3 bulan terakhir kehamilan sehingga kurang lebih usia 2 tahun. Oleh itu, dalam tempoh tersebut
bayi sebaiknya mendapat DHA dan ARA dalam jumlah cukup, yang dapat
diperoleh dari susu ibu.
Sumber : blogdokter.net
Sharing is caring...
~ roslina~
No comments:
Post a Comment