Followers

Tuesday, June 25, 2013

Pengalaman Demam Denggi Bersama Vitamin SHAKLEE


Assalamualaikum dan selamat sejahtera... Dah lama saya nak berkongsi cerita saya kena demam denggi ni tapi saya ni bukan pencerita yang baik, jadi nak mengarang tu ambil masa yang agak lama tapi akhirnya, siap juga walaupun dah skip banyak.... Macam tulis novel pendek pulak...konon... Entah orang faham ke tidak baca cerita ni...tapi sudi2kan jugak baca yer....


Pada hujung bulan Februari hari tu saya dan suami disahkan terkena wabak demam denggi. Memang kawasan perumahan kami ramai yang kena. Maklumlah hujan panas silih berganti waktu tu, 2 hari hujan, 3,4 hari pulak panas. Sempatlah nyamuk aedes membiak. Nak dijadikan cerita, kami suami isteri kena demam serentak. Sakit kepala, sakit sendi, lenguh badan, hanyaTuhan saja yang tahu. Selimut jangan ceritalah, berlapis-lapis. Selepas 4 hari demam maka kami mengambil keputusan untuk melakukan ujian darah...memang sah kami kena demam denggi.



Pada hari pertama ujian darah tu, bacaan platelet saya 91. Esok repeat balik ujian dah tinggal 38 jer. Fungsi hati (liver fuction) saya pun ada masalah sikit. Apa lagi, doktor suruh admit wad lah tapi suami saya selamat sebab bacaan platelet dia masih normal. Doktor teragak-agak nk suruh saya masuk wad sebab keadaan saya sangat stabil  waktu tu kerana masih boleh berjalan macam biasa. Kalau ikut pengalaman orang-orang klinik, mereka bagitahu, kadang-kadang bila dah sampai tahap  platelet rendah macam ni, dorang datang klinik macam nak merangkak dah. Memang kena guna wheel chair gitu tapi saya masih boleh berjalan walaupun dah 4 hari saya tak makan sebab takde selera langsung...hanya bergantung pada air dan sedikit susu sahaja. Mana nak ada kudrat. Tapi walaupun tak makan nasi dan benda-benda lain tapi saya tetap setia dengan Vitamin SHAKLEE saya iaitu Vita-lea, vita-C dan B Kompleks. Yang ni memang saya telan selepas minum susu kerana pada saya, inilah sumber zat dan tenaga saya. Saya kemudiannya dihantar ke unit Emergency sebelum dimasukkan ke wad. Sampai di emergency 3 orang doktor macam terkejut tengok saya berjalan dari klinik ke situ sebab dikira jauh jugaklah untuk orang-sakit macam saya. Terus saya disuruh duduk sebab takut pitam.

Selepas dimasukkan ke wad, saya dipaksa minum air dengan banyak. Air masak dan juga 100 plus menjadi peneman. Sup ketam pun saya dah cuba tapi uwekkk, takleh terima...hanyir gitu...Normal saline pula sampai 8 botol masuk ke badan saya sepanjang dihospital bagi menaikksan semula platelet saya. Berapa ml air masuk dan berapa ml urin keluar juga disukat. Lengan saya pun berkali-kali dicucuk dalam sehari untuk  diambil sampel darah untuk ujian. Sangat kecewa sebab jumlah platelet semakin turun, tinggal 31 jer. 1 hari 1 malam berlalu begitu sahaja...ini tak boleh jadi ni...

Esoknya saya terus telefon suami supaya bawakkan ESP dan Performance Drink(PD). Apa yang saya perasan, selepas saya bancuh 250ml ESP + PD, saya akan pergi ke toilet selepas 15 minit berbanding selepas minum 100plus, lebih kurang 1/2 jam baru ke tandas. Jumlah urin yang keluar lbh kurang 450ml berbanding 300ml sahaja urin yang keluar setelah minum 100 plus.. beza tu..bukan saya nak bandingkan produk cuma nak bagitau pengalaman saya. Dari situ saya nampak fungsi PD. Ia mengembalikan semula cecair badan saya. Kalau tgk lidah saya, memang dah kering sangat sebab dihydrate. Jadi, apa lagi, setiap kali selepas saya ke tandas, saya akan bancuh semula PD. Saya sangat terkejut sebab tengah malam tu, bacaan platelet saya sudah meningkat. Esok pagi naik lagi bacaannya..petangnya doktor dah bagi balik...horey...sempat 2 malam jer tidur dihospital. Rindunya dekat anak-anak...hehehehehe tersenyum lebar.. Ha!!! berkesankan PD? Nak tahu lebih lanjut pasasal PD, baca sini..

Saya bersyukur sangat kepada Allah S.W.T kerana menyembuhkan saya dan menemukan saya dengan vitamin semulajadi Shaklee.. Kesihatan keluarga saya pun semakin baik setelah mengambil vitamin Shaklee. Saya akan berikan yang terbaik untuk keluarga saya..... Berapa sen sangatlah harga vitamin yang kita belanjakan untuk kesihatan jika nak dibandingkan duit yang kita habiskan untuk membayar kos perubatan jika dah jatuh sakit...Sekadar perkongsian...Selamat malam semua...

Sharing Is Caring...
~ Roslina ~

    No comments:

    Post a Comment