Followers

Sunday, August 25, 2013

Kepentingan Vitamin Untuk Ibu Hamil

Sebagaimana yang kita ketahui, ibu hamil memerlukan gizi yang baik di dalam diet seharian mereka disepanjang kehamilan kerana apa yang ibu makan, itulah yang akan disalurkan kepada bayi yang dikandungkan di dalam bentuk nutrien. Pengambilan suplemen sewaktu hamil adalah perlu kerana untuk mengurangkan berlakunya kecacatan pada bayi, kelahiran pramatang dan bayi yang lahir tidak cukup berat. Sesetengah wanita hamil yang selalu loya dan muntah dan tidak berselera makan, berkemungkinan akan kekurangan nutrisi.  Jadi, pengambilan suplemen adalah sangat-sangat digalakkan.

Antara suplemen yang penting untuk wanita hamil ialah, zat besi(iron), kalsium, asid folik dan omega 3. Walaubagaimanapun, karbohidrat, protein dan keperluan vitamin lain tidak boleh ditinggalkan. Perlu diingatkan bahawa pengambilan suplemen sewaktu hamil, tidak menjanjikan si ibu dan si anak yang bakal dilahirkan tidak akan mempunyai apa-apa masalah langsung. Samalah ibarat kita dah belajar siang dan malam dengan bersungguh-sungguh untuk menghadapi peperiksaan UPSR tetapi tidak menjanjikan kita akan mendapat 5A. Tetapi tugas kita ialah kita mesti memastikan kita sudah melakukan yang terbaik Dan yang selebihnya kita berserah sahaja kepada Allah. Jom baca fungsi vitamin yang diperlukan secara ringkas:

FOLIC ACID

Folik acid amat penting untuk perkembangan fizikal dan otak bayi. Jadi, ramai pakar perubatan mengesyorkan agar acid folic diambil sebaik sahaja selepas berkahwin.

IRON

Iron berfungsi untuk pembentukan sel-sel darah merah. Sel-sel darah merah ini berfungsi mengangkut oksigen keseluruh badan. Kekurangan sel-sel darah merah ini dinamakan  anaemia. Kekurangan yang sedikit adalah biasa pada ibu hamil tetapi kekurangan yang teruk boleh meningkatkan kelahiran bayi pramatang dan si ibu pula terpaksa menjalani transfusi darah jika berlaku banyak kehilangan darah sewaktu melahirkan.

KALSIUM.

Kalsium adalah sangat penting untuk pembentukan tulang dan gigi. Tanpa bekalan yang cukup, badan kita akan mengambil kalsium dari tulang untuk diberikan kepada bayi. Dari masa ke semasa, badan kita akan semakin kekurangan kalsium. Ini boleh menyebabkan berlakunya osteoporosis, tulang nipis dan pecah. Ibu hamil juga akan mengalami risiko preeclamsia (kejang) di sepanjang waktu kehamilan.

OMEGA 3.

Ia sangat diperlukan untuk pembentukan sistem saraf, perkembangan otak, juga untuk penglihatan yang baik. Sumber omega 3 terbaik ialah ikan salmon tetapi apa yang dibimbangi ialah berlakukanya keracunan merkuri akibat pencemaran laut di US.

PROTEIN

Walaupun dari segi komposisi, jumlah protein yang diperlukan oleh ibu hamil tidak banyak tetapi jangan sampai sumber ini disisihkan terus dari diet ibu hamil kerana pengambilan protein boleh memberikan tenaga kepada ibu hamil. Ia juga membantu membentuk jaringan tubuh janin dan ibu hamil seperti otot, plasenta, tulang, kulit, dan kesemua organ. Protein juga membantu pembentukan sel darah merah dan menguatkan sistem imun. Kekurangan protein dalam diet ibu hamil juga boleh menyebabkan kekurangan penghasilan susu ibu sewaktu proses laktasi.

Berikut merupakan cadangan pengambilan vitamin Shaklee untuk nutrisi sewaktu kehamilan.

Energizing Soy Protein.


Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.

Vitalea Iron Formula

Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi, Biotin dan asid pantotenik membantu untuk memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh serta mengandungi  Vitamin B12 dalam membantu  pembentukan sel-sel darah merah.

B Kompleks


B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik. B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga. Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh.  Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.

Ostematrix (lebih dari sekadar kalsium)


OsteMatrix  membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan. Pengambilannya setiap hari boleh mengurangkan masalah sembelit di kalangan ibu hamil dan menyusu.

Omega Guard


Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

Shaklee OmegaGuard merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan.  Satu hidangan OmegaGuardTMmenyediakan 1000mg asid lemak omega 3  termasuk DHA dan EPA. 

Ia dihasilkan melalui proses penyulingan proprioteri 3 molekul untuk mengekstrak asid lemak  omega 3 paling tulin dan paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan- bahan berbahaya seperti merkuri, plumbum, arsenik dan banyak bahan-bahan kimia industri yang berbahaya. 

P/s : omega guard hanya boleh diambil sewaktu trimester kedua.

Testimoni :










Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Hubungi saya Roslina Mohd Arshad di:
013-46417801 @ whatsapp : 018-2266715
email : roslina_arshad@yahoo.com