Followers

Monday, March 17, 2014

APA ITU INDEKS GLISEMIK RENDAH?

Fuh!!! Bulan ni sumer mandi ESP, tidur ESP, makan ESP, minum ESP, masker ESP dan segala-galanya ESP. Sempena bulan ESP ni, izinkan saya kupas satu persatu pasal ESP. Kenapa anda patut beli dan menjadi pengguna tegar ESP macam saya. Entry sebelum ni saya cerita pasal Non-GMO. Malam ni saya nak cakap pasal Indeks Glisemik pulak. 

Apa itu Indeks Glisemik

Ia merupakan panduan untuk seseorang mengekalkan kestabilan gula dalam darah. Kadar penyerapan karbohidrat dan kepantasannya menjadi glukosa dalam darah dikira sebagai satu indeks atau petunjuk. Indeks ini dipanggil Indeks Glisemik (GI). GI menunjukkan kedudukan makanan dalam skala 0 hingga 100 mengikut paras sesuatu makanan itu menaikkan paras gula dalam darah selepas ia di makan. 

Makanan yang cepat dihadamkan dan ditukar menjadi glukosa dalam darah dipanggil GI Tinggi. Manakala makanan yang lebih lambat menjadi glukosa pula dipanggil GI Rendah. Makanan yang tinggi nilai GI, akan mempercepatkan kenaikan paras glukosa dalam darah dengan cepat. Sebaliknya , makanan yang rendah nilai GI nya akan menaikkan paras glukosa dalam darah secara beransur-ansur. Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amat penting bagi mengurangkan berat badan dan kesihatan dalam jangkamasa panjang.

Tahukah anda bahawa ESP Soy Protein Isolate powder Shaklee merupakan satu-satunya produk di pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya.  Sangat sesuai untuk semua peringkat umur tua dan muda.Manakala indeks glisemiknya yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai kepada pengidap kencing manis.Jadi, pilihan ditangan anda. Pilih yang terbaik untuk kesihatan anda.

Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Hubungi saya Roslina Mohd Arshad di:
SMS / WhatsApp : 018-2266715 @
email : roslina.arshad76@gmail.com







Sunday, March 2, 2014

Senggugut

Assalamualaikum semua...

Bila perkataan senggugut disebut.. semua wanita tahu apa itu senggugut tapi tak semua orang pernah merasai sakitnya senggugut kan? Ketika saya menulis tajuk ni, saya baru sahaja selesai bertarung kesakitan yang tidak terhingga... dah lama dalam hidup saya, saya tak telan paracetamol tapi hari ini demi anak-anak, saya terpaksa juga telan sebiji memandangkan suami tiada di rumah. Setelah 1/2 jam berguling-guling kesakitan, akhirnya saya rasa lega...hanya Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya dikala itu..

Sewaktu muda dulu, saya biasa jugak senggugut tapi dihujung-hujung umur 30an ni, keadaan semakin teruk. Sakitnya sama seperti waktu saya mahu bersalin anak yang sulung dahulu. Waktu tu tiub fallopio saya dah twist disebabkan saya ada ovarian cyst sebesar 7cm. Waktu tiub saya twist, saya juga alami contraction untuk bersalin. Rasanya lebih kurang sama dengan senggugut sebentar tadi...MasyaAllah..sakit sungguh...

Senggugut dibahagikan kepada dua iaitu Senggugut utama dan Senggugut kedua.

Senggugut utama atau Senggugut primari adalah disebabkan oleh penghasilan hormon prostaglandin oleh badan yang menyebabkan pengecutan rahim yang luar biasa kuat. Senggugut utama biasanya berlaku pada wanita remaja belum kahwin dan menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid.

Manakala senggugut sekondari disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim ( endometriosis ) dan berlaku pendarahan di dalam perut, atau jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang kebiasaannya pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang kedatangan pendarahan haid.

Haaaa!!! Senggugut kedua ni yang saya takut. Memandangkan saya pernah ada sejarah ovarian cyst, jadi saya perlu buat medical checkup jugak lah...IsyaAllah saya akan cuba berjumpa dengan doktor dalam masa terdekat..doakan yang tebaik untuk saya..

Disamping nak berjumpa doktor, saya juga akan mengambil tablet GLA bagi membantu pengawal aturan hormon saya. Tunggu perkongsian hasilnya nanti kerana GLA sangat terkenal dapat membantu memperbaiki sistem PMS. Sedikit per kongsian tentang GLA..

GLA Shaklee terdiri daripada :

  1. Borage seed  -  17%-25% (lebih 2x ganda GLA daripada Evening Primerose Oil)
  2. Blackcurrant  -  15%-20%
  3. EPO              -   7%-10%
Setiap kapsul mengandungi 300mg GLA yang mana ia merupakan sumber terbaik Omega 6. Ia digabungkan dengan minyak bunga matahari dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya.

GLA bukan sahaja untuk wanita tapi juga sesuai untuk lelaki.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Sharing is caring..
~roslina~