Tahukah anda, Asid Lemak Omega 3 mempunyai banyak kepentingan di dalam kesihatan? Anda tahu apa itu Omega 3? Omega 3 merupakan Asid lemak perlu yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan sebaliknya perlu diambil melalui pemakanan seharian. Omega 3 ini terdiri daripada EPA dan DHA.
Para ahli gizi menyatakan bahawa tubuh memerlukakan sekitar
300 mg Omega 3 stiap hari. Omega 3 sebagian besarnya dapat ditemui dalam ikan
seperti ikan Salmon, ikan Tuna, Makarel , Hering, ikan Tenggiri, ikan sardin dan
ikan air tawar.
Selain itu, Omega 3 juga dapat ditemui dalam makanan yang berasal dari tumbuhan seperti minyak dari Raps, kacang Kenari, Walnut, Alpukat, Bayam, minyak Canola, dan kacang Kedelai.
Selain itu, Omega 3 juga dapat ditemui dalam makanan yang berasal dari tumbuhan seperti minyak dari Raps, kacang Kenari, Walnut, Alpukat, Bayam, minyak Canola, dan kacang Kedelai.
Dalam Omega 3 sendiri terdapat komponen-komponen zat penting
yang penting bagi tubuh seperti DHA, EPA, dan LNA. DHA dan EPA banyak ditemukan
pada ikan sedangkan LNA pada tumbuh-tumbuhan termasuk sayuran yang berwarna
hijau.
Setiap komponen memiliki fungsi yang berbeza di dalam tubuh.
DHA berfungsi sebagai jaringan yang menghantar rangsangan saraf ke otak. EPA
berfungsi dalam membantu pembentukan sel-sel darah dan fungsi jantung manakala
LNA berperan dalam menghasilkan tenaga dari makanan yang dimakan dan kemudian
dibawa ke semua sel-sel tubuh yang memerlukannya.