Dah lama sangat saya tak mengadap blog saya ni. Sejak dah mula oncall semula, rutin harian saya banyak yang berubah. Maklum sajalah, kurang tidur, beban kerja di tempat kerja dan beban kerja rumah dah semakin bertambah, anak-anak pula semakin membesar dan banyak sungguh kerenahnya. Yang besar dengan cara yang besar, yang kecik dengan cara kecik. Kadang-kadang diluar kawalan saya sebagai ibu. Tapi walau apapun saya ambil itu sebagai satu cabaran hidup. Cumanya saya masih tercari-cari bagaimana caranya untuk saya membahagikan masa saya dengan Allah, suami, anak-anak dan Shaklee saya. Setiap manusia Allah berikan masa yang sama sahaja iaitu 24 jam sehari. Jadi sebagai hambanya maka kitalah yang harus pandai membahagikan masa untuk semua itu. Betul tak?
Ok malam ni saya bukan nak cerita pasal hidup saya, cuma saya nak cerita pasal kenapa kita perlu ambil suplemen. Dah banyak kali dah saya dengar orang berkata-kata..." makan suplemen mahal-mahal pun boleh jatuh sakit ker?" Berimankah orang yang berkata-kata itu? Bukankah sihat atau sakit itu semuanya datang dari Allah!!! Kita adalah amanah Allah, jadi kita wajib menjaga kesihatan tubuh badan kita supaya kita dapat beribadat kepadaNya dengan sempurna dan dapat membantu sesama umat. Tidakkah anda tahu, nabi sendiri pun Allah uji dengan kesakitan, inikan pula kita sebagai hamba biasa. Sudah tentu banyak dugaan yang Allah bagi untuk melihat sejauh manakah ketaqwaan kita kepadanya kan?
Ok, saya bagi satu contoh yer. Masa saya zaman persekolahan dulu, saya dipulaukan oleh kawan-kawan saya kerana banyak menyendiri belajar sorang-sorang kerana exam SRP sudah dekat. Saya tahu setakat mana tahap saya. Saya bukan genius macam kawan-kawan saya...belajar sikitpun dah dapat tangkap. Ada sesetengah kawan saya tu, masa dalam kelas lagi dah dapat tangkap apa yang cikgu ajar tapi saya tidak, jadi saya terpaksa usaha lebih untuk berjaya. Dengan usaha saya itu saya berjaya dapat 14 agregat. Sahabat saya yang genius itu mendapat agregat yang lagi bagus dari saya. Bayangkanlah klau saya tidak belajar dengan tekun, tentu keputusan saya lagi terukkan??? Sama juga seperti makan vitamin. Setiap orang, tahap keperluan vitamin adalah berbeza bergantung kepada persekitaran, kesihatan dan cara hidup masing-masing. Bayangkanlah kalau saya dan keluarga tidak mengambil vitamin sebagai makanan tambahan, mungkin tahap kesihatan kami sekeluarga lebih buruk dari sekarang... Wallauwa'lam...itu semua kerja Allah, apa yang penting kita kena usaha untuk jadi yang lebih baik...
Jadi apa itu vitamin?
Vitamin maksudnya bahan organik yang sangat diperlukan oleh
badan dengan jumlah kecil. Ia berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan
kesihatan, dan pencegahan penyakit. Vitamin biasanya disebut sebagai
mikronutrien. Ia membantu pertumbuhan proses protein, karbohidrat, dan lemak
dalam badan anda.Sesetengah vitamin pula membantu tubuh menghasilkan sel-sel
darah dan hormon. Biasanya, tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak
mikronutrien.Oleh sebab itu, anda perlu mendapatkannya, sama ada daripada
makanan atau makanan tambahan seperti vitamin.
Jenis vitamin
|
Fungsi
|
Larut dalam lemak :
Vitamin A |
Menggalakkan pertumbuhan tulang, pertahanan terhadap
penyakit, memperbaiki struktur kulit serta mengelakkan rabun.
|
Pertumbuhan normal, meningkatkan paras sitrat(garam
asid sitrik) dalam darah dan menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus,
menjaga kesihatan tulang dan gigi.
|
|
Sangat penting untuk mempertahankan fungsi saraf dan
otot, melindungi struktur membran daripada rosak, mengekalkan pertumbuhan
normal, mengelakkan metabolisma, mengekalkan struktur paru-paru, hati, dan
membran sel darah merah. Sebagai antioksida, vitamin ini bermanfaat sebagai
mencegah penyakit jantung dan melambatkan penuaan.
|
|
Bagus untuk mereka yang baru menjalani pembedahan.
Vitamin ini membantu membentuk struktur tubuh baru dan menyembuhkan jahitan.
|
|
Larut dalam air:
Vitamin C |
Membantu mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga
sistem kekebalan tubuh, menyerap zat besi, membentuk tulang dan gigi.
|
Vitamin B (B1, B2, B3, B5, B6, B12)
|
Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi, selera
makan, pencernaan, menjaga tisu mata, dan membantu proses metabolisma.
|
* Pengambilan vitamin akan membantu tubuh berfungsi secara
normal.
* Kekurangan vitamin tertentu dalam tubuh akan mengakibatkan
beberapa gejala penyakit.
Jadi kenapa kita perlu mengambil vitamin sebagai makanan tambahan walaupun kita dah makan dengan kuantiti yang banyak setiap hari? Sebabnya...
- Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan. Contohnya Vitamin C dan Vitamin E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.
- Buah-buahan dan sayur-sayuranyang ditanam di atas tanah yang tidak subur. Ini menyebabkan bahan galian didalam buah kurang jika nak dibandingkan buah yang ditanam di tanah yang subur. Begitu juga racun serangga dan bahan pencemar boleh mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.
- Zat makanan hilang - iaitu semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Contohnya vitamin C dan enzim mudah termusnah oleh haba semasa memasak.
- Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol dan antibiotik boleh menyebabkan penyerapan zat makanan terganggu. Amalan pemakanan yang mengandungi tinggi kafien, lemak, gula dan garam dapat mengurangkan penyimpanan zat makanan di dalam tubuh.
- Pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang dan tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan.
- Gaya hidup masakini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan gemar kepada makanan segera dan tinggi kandungan MSG.
- Bagi yang bekerja, waktu tengahari pasti makan diluar dengan lauk yang belum tentu kesegarannya seta makan malam dirumah yang dimasak seringkas mungkin akibat sudah letih bekerja. Secara tidak langsung, makanan seimbang tidak dititikberatkan.
Jadi lebih baik kita memperbaiki taraf kesihatan kita sebelum kita jatuh sakit. Sayangi diri anda dan keluarga anda kerana itu adalah amanah Allah untuk kita sebagai khalifah di muka bumi ini. Dengan badan yang sihat, bolehlah kita beribadah kepada Allah dengan sempurna. Fikir fikirkan...
Sharing is caring...
~roslina~
No comments:
Post a Comment