Followers

Friday, February 1, 2013

Omega 3 baik untuk ibu mengandung

Saat kehamilan adalah saat yang sangat dinantikan oleh pasangan yang berumah tangga. Sudah semestinya, seorang bakal ibu menginginkan yang terbaik untuk diberikan kepada anak sepanjang proses kehamilan tersebut. Jadi bukan sesuatu yang pelik bila bakal ibu akan berbelanja lebih untuk membeli makanan kesihatan agar kesihatan dirinya dan bakal anak yang lahir nanti sihat dan cerdas.

Penyelidikan saintifik telah membuktikan bahawa salah satu bahan yang boleh membuatkan otak cergas dan sihat ialah Omega 3. Omega 3 boleh diperolehi dalam ikan laut air sejuk seperti sardin, makarel, hearing dan salmon. Tetapi ibu tidak digalakkan untuk memakan ikan tersebut secara terus kerana bimbang ikan tersebut tercemar dengan logam berat seperti merkuri yang boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan. Jadi, bakal ibu digalakkan untuk mengambil makanan tambahan kerana ia diyakini selamat. Minyak ikan yang berkualiti tinggi dari pengilang yang mempunyai reputasi yang baik memberikan manfaat kesihatan yang baik tanpa risiko ketoksinan. Ibu hamil digalakkan untuk mengambil omega 3 pada trimester ke-3 kerana pada waktu itu pembangunan mata bayi berkembang dengan pesat sekali.

Kenapa Omega Guard Shaklee?

Ha...saya suka nak jawab soalan ni.... kenapa? Sebab saya memang dah jatuh cinta dengan Omega Guard Shaklee semenjak anak saya disahkan asthma tapi early asthma lah...bkn diperingkat teruk. Sebenarnya saya mempunyai family history asthma. Sebab itu anak-anak saya memang dah ada bunga-bunga astma sejak dari kecik tapi tak teruk. Masa anak sulung dulu, doktor asyik bagi ventolin ajalah. Masa tu tak terjebak lagi dengan Shaklee. Anak no 2 dan 3 takde athma tapi yang no 4 ni doktor cakap ada athma.

Masa tu doktor dah suruh saya beli AeroChamber untuk  digunakan tiap-tiap hari. Saya dah beli dan diberi penerangan macammana nak gunakannya serta dah diberi jadual untuk saya catat bila masa dan berapa kerap anak saya batuk dan muntah diwaktu malam dan pagi. setelah balik ke rumah, saya termenung sendiri samaada nak guna @ tidak. Setelah berbincang dengan suami, saya nekad untuk tidak menggunakannya tetapi membeli OmegaGuard untuk diberikan kepada anak saya.