Followers

Friday, February 1, 2013

Omega 3 baik untuk ibu mengandung

Saat kehamilan adalah saat yang sangat dinantikan oleh pasangan yang berumah tangga. Sudah semestinya, seorang bakal ibu menginginkan yang terbaik untuk diberikan kepada anak sepanjang proses kehamilan tersebut. Jadi bukan sesuatu yang pelik bila bakal ibu akan berbelanja lebih untuk membeli makanan kesihatan agar kesihatan dirinya dan bakal anak yang lahir nanti sihat dan cerdas.

Penyelidikan saintifik telah membuktikan bahawa salah satu bahan yang boleh membuatkan otak cergas dan sihat ialah Omega 3. Omega 3 boleh diperolehi dalam ikan laut air sejuk seperti sardin, makarel, hearing dan salmon. Tetapi ibu tidak digalakkan untuk memakan ikan tersebut secara terus kerana bimbang ikan tersebut tercemar dengan logam berat seperti merkuri yang boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan. Jadi, bakal ibu digalakkan untuk mengambil makanan tambahan kerana ia diyakini selamat. Minyak ikan yang berkualiti tinggi dari pengilang yang mempunyai reputasi yang baik memberikan manfaat kesihatan yang baik tanpa risiko ketoksinan. Ibu hamil digalakkan untuk mengambil omega 3 pada trimester ke-3 kerana pada waktu itu pembangunan mata bayi berkembang dengan pesat sekali.




Mengapa Pengambilan Omega 3 Penting Terutamanya Semasa Mengandung?
  • Ibu mengandung kesusutan omega 3 di dalam badan akibat janin menggunakan omega 3 untuk perkembangan sistem saraf otaknya.
  • Omega 3 sangat  membantu perkembangan sistem saraf otak dan penglihatan bayi.
  • Pengambilan tambahan EPA dan DHA kepada diet seorang ibu hamil akan memberikan kesan positif ke atas pembangunan penglihatan dan kognitif bayi dalam kandungan.
  • Penggunaan omega 3 yang lebih tinggi boleh mengurangkan risiko alergi di kalangan bayi.
  • Peningkatan pengambilan EPA dan DHA boleh mencegah kelahiran pramatang, mengurangkan risiko pre-eklampsia dan boleh meningkatkan berat kelahiran bayi.
  • Kekurangan pengambilan omega 3 juga meningkatkan risiko kemurungan ibu mengandung
Untuk itu disarankan bagi para ibu hamil dan ibu menyusu untuk mengambil minyak ikan setiap hari kerana telah terbukti, ibu hamil yang mengambil omega 3 semasa hamil mendapat anak yang lebih sihat, kuat dan cerdas. Inilah bakal pewaris yang diperlukan untuk mewarisi dan membangunkan generasi akan datang. 

Sharing is caring!
~ roslina~













No comments:

Post a Comment