Followers

Tuesday, June 25, 2013

Pengalaman Demam Denggi Bersama Vitamin SHAKLEE


Assalamualaikum dan selamat sejahtera... Dah lama saya nak berkongsi cerita saya kena demam denggi ni tapi saya ni bukan pencerita yang baik, jadi nak mengarang tu ambil masa yang agak lama tapi akhirnya, siap juga walaupun dah skip banyak.... Macam tulis novel pendek pulak...konon... Entah orang faham ke tidak baca cerita ni...tapi sudi2kan jugak baca yer....


Pada hujung bulan Februari hari tu saya dan suami disahkan terkena wabak demam denggi. Memang kawasan perumahan kami ramai yang kena. Maklumlah hujan panas silih berganti waktu tu, 2 hari hujan, 3,4 hari pulak panas. Sempatlah nyamuk aedes membiak. Nak dijadikan cerita, kami suami isteri kena demam serentak. Sakit kepala, sakit sendi, lenguh badan, hanyaTuhan saja yang tahu. Selimut jangan ceritalah, berlapis-lapis. Selepas 4 hari demam maka kami mengambil keputusan untuk melakukan ujian darah...memang sah kami kena demam denggi.

Saturday, June 22, 2013

Fungsi DHA dan ARA dalam susu ibu



Bagi ibu-ibu yang mempunyai bayi, pasti tidak asing bila mendengar nama DHA dan ARA. DHA dan ARA merupakan asid lemak yang sangat diperlukan bayi untuk perkembangan otak dan ketajaman penglihatan. Hampir semua pengeluar susu formula berlumba-lumba memperbanyakkan kandungan DHA dan ARA. Harga susu akan naik berlipat kali ganda jika mengandungi DHA dan RNA berbanding yang tidak mengandungi asid lemak essential itu.


Sebenarnya bayi kita mampu memperolehi DHA dan ARA secara percuma. Dimana? Sudah tentu didalam susu ibu. Sebagaimana yang kita tahu, bayi yang menyusu ibu sepenuhnya, perkembangan otaknya lebih bagus jika dibandingkan dengan bayi yang memnggunakan susu formula. Dari kajian yang dilakukan, didapati susu ibu mengandungi asid lemak ini. Walaupun jumlahnya sedikit, tapi ternyata ia sangat penting untuk perkembangan intelektual dan penglihatan anak.

Dari kajian yang dilakukan didapati :

Friday, February 1, 2013

Omega 3 baik untuk ibu mengandung

Saat kehamilan adalah saat yang sangat dinantikan oleh pasangan yang berumah tangga. Sudah semestinya, seorang bakal ibu menginginkan yang terbaik untuk diberikan kepada anak sepanjang proses kehamilan tersebut. Jadi bukan sesuatu yang pelik bila bakal ibu akan berbelanja lebih untuk membeli makanan kesihatan agar kesihatan dirinya dan bakal anak yang lahir nanti sihat dan cerdas.

Penyelidikan saintifik telah membuktikan bahawa salah satu bahan yang boleh membuatkan otak cergas dan sihat ialah Omega 3. Omega 3 boleh diperolehi dalam ikan laut air sejuk seperti sardin, makarel, hearing dan salmon. Tetapi ibu tidak digalakkan untuk memakan ikan tersebut secara terus kerana bimbang ikan tersebut tercemar dengan logam berat seperti merkuri yang boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan. Jadi, bakal ibu digalakkan untuk mengambil makanan tambahan kerana ia diyakini selamat. Minyak ikan yang berkualiti tinggi dari pengilang yang mempunyai reputasi yang baik memberikan manfaat kesihatan yang baik tanpa risiko ketoksinan. Ibu hamil digalakkan untuk mengambil omega 3 pada trimester ke-3 kerana pada waktu itu pembangunan mata bayi berkembang dengan pesat sekali.

Kenapa Omega Guard Shaklee?

Ha...saya suka nak jawab soalan ni.... kenapa? Sebab saya memang dah jatuh cinta dengan Omega Guard Shaklee semenjak anak saya disahkan asthma tapi early asthma lah...bkn diperingkat teruk. Sebenarnya saya mempunyai family history asthma. Sebab itu anak-anak saya memang dah ada bunga-bunga astma sejak dari kecik tapi tak teruk. Masa anak sulung dulu, doktor asyik bagi ventolin ajalah. Masa tu tak terjebak lagi dengan Shaklee. Anak no 2 dan 3 takde athma tapi yang no 4 ni doktor cakap ada athma.

Masa tu doktor dah suruh saya beli AeroChamber untuk  digunakan tiap-tiap hari. Saya dah beli dan diberi penerangan macammana nak gunakannya serta dah diberi jadual untuk saya catat bila masa dan berapa kerap anak saya batuk dan muntah diwaktu malam dan pagi. setelah balik ke rumah, saya termenung sendiri samaada nak guna @ tidak. Setelah berbincang dengan suami, saya nekad untuk tidak menggunakannya tetapi membeli OmegaGuard untuk diberikan kepada anak saya. 

Wednesday, January 9, 2013

Kepentingan Omega 3



Tahukah anda, Asid Lemak Omega 3 mempunyai banyak kepentingan di dalam kesihatan? Anda tahu apa itu Omega 3? Omega 3 merupakan  Asid lemak perlu yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan sebaliknya perlu diambil melalui pemakanan seharian. Omega 3 ini terdiri daripada EPA dan DHA.
Para ahli gizi menyatakan bahawa tubuh memerlukakan sekitar 300 mg Omega 3 stiap hari. Omega 3 sebagian besarnya dapat ditemui dalam ikan seperti ikan Salmon, ikan Tuna, Makarel , Hering, ikan Tenggiri, ikan sardin dan ikan air tawar.

Selain itu, Omega 3 juga dapat ditemui  dalam makanan yang berasal dari tumbuhan seperti minyak dari Raps, kacang Kenari, Walnut, Alpukat, Bayam, minyak Canola, dan kacang Kedelai.
Dalam Omega 3 sendiri terdapat komponen-komponen zat penting yang penting bagi tubuh seperti DHA, EPA, dan LNA. DHA dan EPA banyak ditemukan pada ikan sedangkan LNA pada tumbuh-tumbuhan termasuk sayuran yang berwarna hijau.

Setiap komponen memiliki fungsi yang berbeza di dalam tubuh. DHA berfungsi sebagai jaringan yang menghantar rangsangan saraf ke otak. EPA berfungsi dalam membantu pembentukan sel-sel darah dan fungsi jantung manakala LNA berperan dalam menghasilkan tenaga dari makanan yang dimakan dan kemudian dibawa ke semua sel-sel tubuh yang memerlukannya.

Saturday, January 5, 2013

Vitamin, pelengkap gizi harian.


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Dah lama sangat saya tak mengadap blog saya ni. Sejak dah mula oncall semula, rutin harian saya banyak yang berubah. Maklum sajalah, kurang tidur, beban kerja di tempat kerja dan beban kerja rumah dah semakin bertambah, anak-anak pula semakin membesar dan banyak sungguh kerenahnya. Yang besar dengan cara yang besar, yang kecik dengan cara kecik. Kadang-kadang diluar kawalan saya sebagai ibu. Tapi walau apapun saya ambil itu sebagai satu cabaran hidup. Cumanya saya masih tercari-cari bagaimana caranya untuk saya membahagikan masa saya dengan Allah, suami, anak-anak dan Shaklee saya. Setiap manusia Allah berikan masa yang sama sahaja iaitu 24 jam sehari. Jadi sebagai hambanya maka kitalah yang harus pandai membahagikan masa untuk semua itu. Betul tak?

Ok malam ni saya bukan nak cerita pasal hidup saya, cuma saya nak cerita pasal kenapa kita perlu ambil suplemen. Dah banyak kali dah saya dengar orang berkata-kata..." makan suplemen mahal-mahal pun boleh jatuh sakit ker?" Berimankah orang yang berkata-kata itu? Bukankah sihat atau sakit itu semuanya datang dari Allah!!! Kita adalah amanah Allah, jadi kita wajib menjaga kesihatan tubuh badan kita supaya kita dapat beribadat kepadaNya dengan sempurna dan dapat membantu sesama umat. Tidakkah anda tahu, nabi sendiri pun Allah uji dengan kesakitan, inikan pula kita sebagai hamba biasa. Sudah tentu banyak dugaan yang Allah bagi untuk melihat sejauh manakah ketaqwaan kita kepadanya kan?  

Tuesday, December 4, 2012

Apa Itu Kolagen? Kenapa Ramai Wanita yang perlukan benda ni?

Haaaa... sebenarnya hati berbunga2 ni sebab bulan ni bulan kolagen. Dah lama duk tunggu2...akhirnya... promosi beli 6 percuma 1...masyuk tu... bangun tidur kolagen, lunch kolagen, dinner kolagen, mimpi pun kolagen...lalalalalalala... Kenapa perempuan sangat teruja bila sebut kolagen? Sudah pastinya perkara utama adalah untuk cantik kan??? Sebab2 lainnya adalah untuk kesihatan (jangan ambil ringan)...Meh kita baca fakta pasal kolagen ni, jangan ambil mudah wahai si isteri...penting untuk suami tercinta tu...anda kenalah sentiasa cantik dan anjal kan kan kan kan....barulah suami sayangggg!!!!


Apa itu kolagen?

Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan.. Ia  menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.. Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata. kulit, salur darah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon , rawan sendi,  dan gigi, hati, tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti  buah pinggang,  jantung serta sistem limfatik.