Followers

Wednesday, July 24, 2013

9 Sebab Kenapa Bayi Anda Perlukan Susu Ibu


Ramai di kalangan ibu bapa pada zaman dahulu kurang pengetahuan mengenai susu ibu, begitu juga pada zaman sekarang tetapi memandangkan zaman sekarang merupakan zaman IT, bila-bila masa dan di mana sahaja anda boleh mencari maklumat mengenai penyusuan. Pada zaman sekarang, sudah banyak ibu-ibu yang mempunyai kesedaran untuk menyusukan anak mereka sama ada suri rumah mahupun ibu bekerja. Jadi, sebagai seorang ibu, maka janganlah kita sia-siakan nikmat yang telah Allah berikan untuk anak-anak yang telah kita lahirkan.

Banyak faktor kebaikan susu ibu yang perlu diketahui oleh ibu dan bakal ibu. Antaranya ialah:

1. Kepentingan
  • Potensi pertumbuhan bayi dan perkembangan otak anak lebih baik.

2. Tujuan
  • Melengkapkan bayi dengan zat pemakanan dan cecair secukupnya untuk tumbesaran.
  • Memberi sejenis nutrisi yang senang sekalai untuk pencernaan, penyerapan dan metabolisma badan bayi.

3. Faedah
  • Ia dapat mengeratkan hubungan mesra antara ibu dan bayi
  • Susu ibu merupakan makanan yang sangat lengkap dalam aspek :
    • Karbohidrat, protein dan vitamin
    • Kurang galian untuk risiko masalah buah pinggang
    • Kurang berlakunya HIPOKALISEMIA (kekurangan kalsium dalam badan) berbanding susu formula kerana ia mempunyai kalsium yang sangat tinggi dan susah diserap oleh badan. Manakala susu ibu mempunyai kandungan kalsium yang seimbang.
    • mengurangkan masalah alergi pada kulit.
    • Mengandungi antibodi untuk pertahanan badan bayi.

4. Kurang masalah pencemaran
  • Bagi bayi dan kanak-kanak yang menggunakan susu formula, risiko pencemaran amatlah mudah. Antaranya botol tidak dicuci dengan sempurna. Susu terlalu lama didalam botol boleh menyebabkan pertumbuhan bakteria yang boleh menyebabkan berlakunya cirit-birit.

5. Susu ibu berada dalam suhu yang paling sesuai kerana ia boleh diberi terus kepada bayi.


6. Susu ibu amat baik untuk mengecutkan peranakan ibu yang baru bersalin. Disamping itu, ia mampu mengembalikan saiz rahim dan berada di dalam kedudukan asal.


7. Susu ibu merupakan kaedah " perancang keluarga sementara " yang boleh mengelakkan proses ovulasi yang cepat selepas pantang.


8. Tanggapan bahawa anak menghisap susu sampai kering adalah salah. Sebaliknya anak yang menghisap susu dengan kuat dan banyak akan mempercepatkana proses penghasilan susu yang lebih banyak lagi.


9. Ada dikalangan ibu mengatakan akibat hisapan bayi, payu dara menjadi kendur. Tetapi anda harus ingat! Faktor menyusukan anak bukanlah faktor yang menyebabkan payu dara kendur. Ada ibu yang langsung tidak menyusukan bayi turut mengalami mengalami masalah yang sama. Apa yang penting ialah, kesihatan anak kecil anda perlu diutamakan.


Selamat menyusu...

~roslina~



No comments:

Post a Comment