Followers

Friday, February 1, 2013

Kenapa Omega Guard Shaklee?

Ha...saya suka nak jawab soalan ni.... kenapa? Sebab saya memang dah jatuh cinta dengan Omega Guard Shaklee semenjak anak saya disahkan asthma tapi early asthma lah...bkn diperingkat teruk. Sebenarnya saya mempunyai family history asthma. Sebab itu anak-anak saya memang dah ada bunga-bunga astma sejak dari kecik tapi tak teruk. Masa anak sulung dulu, doktor asyik bagi ventolin ajalah. Masa tu tak terjebak lagi dengan Shaklee. Anak no 2 dan 3 takde athma tapi yang no 4 ni doktor cakap ada athma.

Masa tu doktor dah suruh saya beli AeroChamber untuk  digunakan tiap-tiap hari. Saya dah beli dan diberi penerangan macammana nak gunakannya serta dah diberi jadual untuk saya catat bila masa dan berapa kerap anak saya batuk dan muntah diwaktu malam dan pagi. setelah balik ke rumah, saya termenung sendiri samaada nak guna @ tidak. Setelah berbincang dengan suami, saya nekad untuk tidak menggunakannya tetapi membeli OmegaGuard untuk diberikan kepada anak saya. 

Wednesday, January 9, 2013

Kepentingan Omega 3



Tahukah anda, Asid Lemak Omega 3 mempunyai banyak kepentingan di dalam kesihatan? Anda tahu apa itu Omega 3? Omega 3 merupakan  Asid lemak perlu yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan sebaliknya perlu diambil melalui pemakanan seharian. Omega 3 ini terdiri daripada EPA dan DHA.
Para ahli gizi menyatakan bahawa tubuh memerlukakan sekitar 300 mg Omega 3 stiap hari. Omega 3 sebagian besarnya dapat ditemui dalam ikan seperti ikan Salmon, ikan Tuna, Makarel , Hering, ikan Tenggiri, ikan sardin dan ikan air tawar.

Selain itu, Omega 3 juga dapat ditemui  dalam makanan yang berasal dari tumbuhan seperti minyak dari Raps, kacang Kenari, Walnut, Alpukat, Bayam, minyak Canola, dan kacang Kedelai.
Dalam Omega 3 sendiri terdapat komponen-komponen zat penting yang penting bagi tubuh seperti DHA, EPA, dan LNA. DHA dan EPA banyak ditemukan pada ikan sedangkan LNA pada tumbuh-tumbuhan termasuk sayuran yang berwarna hijau.

Setiap komponen memiliki fungsi yang berbeza di dalam tubuh. DHA berfungsi sebagai jaringan yang menghantar rangsangan saraf ke otak. EPA berfungsi dalam membantu pembentukan sel-sel darah dan fungsi jantung manakala LNA berperan dalam menghasilkan tenaga dari makanan yang dimakan dan kemudian dibawa ke semua sel-sel tubuh yang memerlukannya.

Saturday, January 5, 2013

Vitamin, pelengkap gizi harian.


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Dah lama sangat saya tak mengadap blog saya ni. Sejak dah mula oncall semula, rutin harian saya banyak yang berubah. Maklum sajalah, kurang tidur, beban kerja di tempat kerja dan beban kerja rumah dah semakin bertambah, anak-anak pula semakin membesar dan banyak sungguh kerenahnya. Yang besar dengan cara yang besar, yang kecik dengan cara kecik. Kadang-kadang diluar kawalan saya sebagai ibu. Tapi walau apapun saya ambil itu sebagai satu cabaran hidup. Cumanya saya masih tercari-cari bagaimana caranya untuk saya membahagikan masa saya dengan Allah, suami, anak-anak dan Shaklee saya. Setiap manusia Allah berikan masa yang sama sahaja iaitu 24 jam sehari. Jadi sebagai hambanya maka kitalah yang harus pandai membahagikan masa untuk semua itu. Betul tak?

Ok malam ni saya bukan nak cerita pasal hidup saya, cuma saya nak cerita pasal kenapa kita perlu ambil suplemen. Dah banyak kali dah saya dengar orang berkata-kata..." makan suplemen mahal-mahal pun boleh jatuh sakit ker?" Berimankah orang yang berkata-kata itu? Bukankah sihat atau sakit itu semuanya datang dari Allah!!! Kita adalah amanah Allah, jadi kita wajib menjaga kesihatan tubuh badan kita supaya kita dapat beribadat kepadaNya dengan sempurna dan dapat membantu sesama umat. Tidakkah anda tahu, nabi sendiri pun Allah uji dengan kesakitan, inikan pula kita sebagai hamba biasa. Sudah tentu banyak dugaan yang Allah bagi untuk melihat sejauh manakah ketaqwaan kita kepadanya kan?  

Tuesday, December 4, 2012

Apa Itu Kolagen? Kenapa Ramai Wanita yang perlukan benda ni?

Haaaa... sebenarnya hati berbunga2 ni sebab bulan ni bulan kolagen. Dah lama duk tunggu2...akhirnya... promosi beli 6 percuma 1...masyuk tu... bangun tidur kolagen, lunch kolagen, dinner kolagen, mimpi pun kolagen...lalalalalalala... Kenapa perempuan sangat teruja bila sebut kolagen? Sudah pastinya perkara utama adalah untuk cantik kan??? Sebab2 lainnya adalah untuk kesihatan (jangan ambil ringan)...Meh kita baca fakta pasal kolagen ni, jangan ambil mudah wahai si isteri...penting untuk suami tercinta tu...anda kenalah sentiasa cantik dan anjal kan kan kan kan....barulah suami sayangggg!!!!


Apa itu kolagen?

Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan.. Ia  menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.. Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata. kulit, salur darah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon , rawan sendi,  dan gigi, hati, tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti  buah pinggang,  jantung serta sistem limfatik.

Mengapa Shaklee Collagen Powder Yang Patut Jadi Pilihan?

Shaklee Collagen Powder
" Untuk rasa lebih sihat, kulit lebih muda menawan"

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg propietari RSS (RED Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan Sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.


Shaklee menambahkan 7 ramuan yang aktif untuk meningkatkan keberkesanan kolagen.Tujuh bahan utamanya ialah:
  • RSS Collagen dari Sisik Ikan Merah - sisik ikan merah ialah satu sumber premium kolagen dengan penyerapan lebih tinggi dan pencemaran yang lebih kecil berbanding dengan kolagen binatang.

  • Ekstrak biji benih Camellia japonica - mengandungi asid oleik iaitu sejenis emolien kulit dan pelembab yang unggul, dan bahan antioksida semulajadi Isoflavon yang dapat membantu mengurangkan radikal bebas.

  • Ektrak Pfaffia - juga digelar ginseng Brazilyang bila digabungkan dengan biji Camellia japonica dapat menyokong pembentukan kolagen dan asid hialuronik. Dengan kemampuannya untuk mengikat jumlah air yang besar, asid hialuronik memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu badan dan membuatkan kulit lembut, lembab dan rata.

  • Elastin dari kolagen ikan - elastin dapat mengekalkan keanjalan dan ketegangan kulit yang boleh melantun apabila dicubit. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi bersama kolagen untuk kulit yang lebih tegang, gebu dan anjal.

  • Vitamin C dan Vitamin B - Vitamin C menggalakkan pengeluaran kolagen dan melawan radikal bebas yang merosakkan kulit. Manakala Vitamin B terlibat dalam metabolisma karbohidrat, lemak dan protein untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kolagen dalam sel.

  • Ekstrak kerang-kerangan - Glukosamina daripada ekstrak kerang-kerangan adalah penting dalam sintesis bendalir sinovia bagi melicinkan pergerakan sesendi dan melembabkan mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.

  • Lactobasilus acidofilus - ialah sejenis bakteria baik yang membantu mengimbangi usus mikroflora dan memudahkan pembinaan semula sistem usus sihat bagi meningkatkan penyerapan kolagen.


Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.

Anda berminat ingin mencuba Shaklee Collagen Powder yang hebat ini?
Boleh hubungi saya di :
Email : roslina.arshad76@gmail.com
SMS : 013-6417801

Saturday, December 1, 2012

Vita-Lea® Iron Formula - Multivitamin Pertama di Dunia

Tahukah anda..Vitalea Shaklee adalah multivitamin pertama yang dicipta di dunia???(bangga tu sebab saya adalah sebahagian dari ahli keluarga Shaklee...hehe...) Perkataan "Vitamin"yang disebut kini adalah berasal dari Shaklee. Ia dicipta oleh Dr. Forrest C. Shaklee pada tahun 1915 dalam bentuk cecair pada asalnya tetapi kini telah diubah ke bentuk tablet dengan bantuan teknologi yang terkini... Ia disaluti dengan serbuk nutrisi spirulina dan merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas larut di dalam air dan tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berinteraksi dengan protein di dalam badan untuk penyerapan yang lebih pantas di dalam usus kecil. Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vitalea selama setahun, boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Vitalea telah dipilih oleh Centre of Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.

Manfaat Utama :
  • Tenaga Segera - pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental sekaligus membantu sistem memori fokus dalam pelajaran dan kerja harian.
  • Pelengkap Nutrisi - terutamanya pada pengamal fast food & vegetarian kerana pengamalan diet yang tidak seimbang akan menyebabkan kekurangan pelbagai vitamin dan mineral dalam badan. 
  • Keupayaan Sistem produktif - penting kepada kanak2 dan remaja yang sedang membesar.
  • Metabolisma - sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan penuaan.
  • Elemen penting pada sel tubuh - menyediakan asas nutrisi, memastikan pertumbuhan sel-sel baru, membantu proses tumbesaran, pertumbuhan rambut, kuku, kulit, otot dan hormon.
  • Menjaga kesihatan tiroid kerana vitalea mengandungi iodin
  • Melindungi  organ - buah pinggang, jantung dan hati.

Multivitamin seperti yang kita tahu, memang ada macam2 produk dipasaran. Ada yang sintetik dan ada yang semulajadi. Jadi kenapa anda mesti pilih SHAKLEE?

Sebabnya:
  1. Terbaik dalam pasaran - mengandungi 19 nutrien iaitu 12 vitamin & 7 mineral.
  2. Teknologi terbaik ( dengan jumlah nutrien yang begitu banyak, saiz vitamin yang sepatutnya adalah sebesar penumbuk tetapi dapat dimampatkan menjadi sebesar kelingking shj...tu dia... ).
  3. Dirumus secara saintifik dan teruji keberkesanannya.
  4. Membekalkan BIOTIN - disarankan 100% oleh US RDA & merupakan komponen vitamin yang termahal ( tak semua syarikat blh bg tau...tp Shaklee blh..)
  5. Menyediakan Vitamin dan Mineral seimbang yang lebih baik menurut piawaian Daily Standard.
  6. Tiada nutrien yang tidak perlu ditokok tambah.
  7. Tingkatkan 'densiti' iaitu ketumpatan tulang hingga 2-3 kali ganda.
  8. Merangkumi 40 jenis makanan.
  9. Tempoh masa 'disintegration' / pemecahan yang unggul (senang larut)
  10. Ujian dilakukan ke atas manusia dan bukannya binatang.
  11. Semua bahannya adalah dari sumber semulajadi dan bukan sintetik.
Jadi, apa difikirkan lagi...pilihlah yang semulajadi dan bukannya sintetik kerana bahan2 di dalam vitamin sintetik mempunyai sifat tidak stabil...Tepuk dada tanya selera..pilihlah yang terbaik untuk keluarga anda...

Hubungi saya untuk pertanyaan dan konsultasi percuma di :
email : roslina.arshad76@gmail.com
sms : 013-6417801
WhatsApp : 018-2266715

DTX Complex™


Shaklee DTX ComplexTM mengandungi satu campuran proprietari ekstrak daripada gabungan ekstrak biji benih pokok susu tisel, schizandra, ekstrak dendalion, cendawan reishi, kunyit dan articok.

• Digunakan secara tradisional untuk tonik hati.*

Tiada perasa tiruan, pemanis, warna-warna, atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Harga : RM155 (90biji)

Untuk penerangan dan konsultasi percuma, sila hubungi saya di roslina.arshad76@gmail.com atau sms di : 013-6417801.