Followers

Wednesday, July 24, 2013

9 Sebab Kenapa Bayi Anda Perlukan Susu Ibu


Ramai di kalangan ibu bapa pada zaman dahulu kurang pengetahuan mengenai susu ibu, begitu juga pada zaman sekarang tetapi memandangkan zaman sekarang merupakan zaman IT, bila-bila masa dan di mana sahaja anda boleh mencari maklumat mengenai penyusuan. Pada zaman sekarang, sudah banyak ibu-ibu yang mempunyai kesedaran untuk menyusukan anak mereka sama ada suri rumah mahupun ibu bekerja. Jadi, sebagai seorang ibu, maka janganlah kita sia-siakan nikmat yang telah Allah berikan untuk anak-anak yang telah kita lahirkan.

Banyak faktor kebaikan susu ibu yang perlu diketahui oleh ibu dan bakal ibu. Antaranya ialah:

1. Kepentingan
  • Potensi pertumbuhan bayi dan perkembangan otak anak lebih baik.

2. Tujuan
  • Melengkapkan bayi dengan zat pemakanan dan cecair secukupnya untuk tumbesaran.
  • Memberi sejenis nutrisi yang senang sekalai untuk pencernaan, penyerapan dan metabolisma badan bayi.

3. Faedah
  • Ia dapat mengeratkan hubungan mesra antara ibu dan bayi
  • Susu ibu merupakan makanan yang sangat lengkap dalam aspek :
    • Karbohidrat, protein dan vitamin
    • Kurang galian untuk risiko masalah buah pinggang
    • Kurang berlakunya HIPOKALISEMIA (kekurangan kalsium dalam badan) berbanding susu formula kerana ia mempunyai kalsium yang sangat tinggi dan susah diserap oleh badan. Manakala susu ibu mempunyai kandungan kalsium yang seimbang.
    • mengurangkan masalah alergi pada kulit.
    • Mengandungi antibodi untuk pertahanan badan bayi.

4. Kurang masalah pencemaran
  • Bagi bayi dan kanak-kanak yang menggunakan susu formula, risiko pencemaran amatlah mudah. Antaranya botol tidak dicuci dengan sempurna. Susu terlalu lama didalam botol boleh menyebabkan pertumbuhan bakteria yang boleh menyebabkan berlakunya cirit-birit.

5. Susu ibu berada dalam suhu yang paling sesuai kerana ia boleh diberi terus kepada bayi.


6. Susu ibu amat baik untuk mengecutkan peranakan ibu yang baru bersalin. Disamping itu, ia mampu mengembalikan saiz rahim dan berada di dalam kedudukan asal.


7. Susu ibu merupakan kaedah " perancang keluarga sementara " yang boleh mengelakkan proses ovulasi yang cepat selepas pantang.


8. Tanggapan bahawa anak menghisap susu sampai kering adalah salah. Sebaliknya anak yang menghisap susu dengan kuat dan banyak akan mempercepatkana proses penghasilan susu yang lebih banyak lagi.


9. Ada dikalangan ibu mengatakan akibat hisapan bayi, payu dara menjadi kendur. Tetapi anda harus ingat! Faktor menyusukan anak bukanlah faktor yang menyebabkan payu dara kendur. Ada ibu yang langsung tidak menyusukan bayi turut mengalami mengalami masalah yang sama. Apa yang penting ialah, kesihatan anak kecil anda perlu diutamakan.


Selamat menyusu...

~roslina~



Sunday, July 7, 2013

Bulan Nyah Toxin...

Mmmm...tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam diseluruh dunia akan menunaikan Rukun Islam yang ke-4 iaitu berpuasa di bulan Ramadhan. Selama ni kita asyik duk makan suka hati jer tanpa fikir buruk baiknya. Maka pada bulan Ramadhan ini lah kita boleh mengawal segala nafsu makan kita yang buruk tu...btul tak??? Tapi tak semua orang jawab boleh kan...sebab bila pergi bazar ramadhan jer, selera makan membuak-buak. Semua benda nak beli...sudahnya tak habis dan membazir. Jadi sama-samalah kita menjaga kesihatan kita pada bulan baik yang penuh barakah ini.

Ramai yang bertanya-tanya, vitamin apakah yang sesuai untuk berpuasa. Shaklee menawarkan pelbagai jenis vitamin untuk keperluan anda sewaktu seharian berpuasa dan selepas berbuka. Sebenarnya kesemua vitamin ini, bukannya untuk waktu bulan puasa sahaja tetapi anda boleh makan bila-bila masa sahaja. Boleh juga diambil untuk menunaikan haji dan umrah. Maknanya ia fleksibel tapi cumanya sewaktu berpuasa ni, kita mahu badan kita sihat cergas siang dan malam supaya kita dapat menunaikan ibadah puasa dan ibadah-ibadah lain dengan sempurna kerana pahala pada bulan ini berlipat kali ganda daripada hari-hari biasa. Anda mahu badan anda sihat dan menunaikan ibadah dengan sempurna? Sudah tentu kan...


Kesemua set di atas ini cumalah cadangan semata-mata. Anda berhak untuk memilih sendiri mana-mana vitamin mengikut keperluan anda dan keluarga. Ia sesuai untuk semua golongan terutama ibu hamil, ibu menyusu, warga emas dan kanak-kanak. Dapatkan nasihat daripada pengedar anda terlebih dahulu sebelum membelinya. Selamat berpuasa dan sihat bersama Sahklee..


Hubungi saya Roslina Mohd Arshad di:
013-46417801 @
email : roslina.arshad76@gmail.com
untuk pesanan atau konsultasi percuma.

Friday, July 5, 2013

Sentiasa Selamat

Tahukah anda bahawa:

Shaklee telah membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi dan telah menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru, terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran yang lain dan meneruskan kajian ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk.
  • TIDAK Mengandungi Paraben
  • TIDAK Mengandungi Triklosan
  • TIDAK Mengandungi Phthalates
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
  • TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
  • TIDAK Mengandungi Glikol
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
  • TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
  • TIDAK Mengandungi Ammonia
  • TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
  • TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
  • TIDAK Mengandungi Formaldehyde
  • TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
  • TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
  • TIDAK Mengandungi Toulene
  • TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
  • TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
  • TIDAK Mengandungi Pewarna
  • TIDAK Mengandungi Lemak Trans
  • TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
  • TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang 

Secara keseluruhannya produk Shaklee tidak mengandungi bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tiada sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa. Shaklee tidak menjalankan ujian ke atas haiwan. Pembungkusan produk juga adalah selamat dan bebas daripada sebarang toksin-toksin biophenol mahupun asid phthalates dan cecair toksik. 

Jadi, masih belum terlambat jika anda ingin bertukar jenama makanan kesihatan anda dari yang berbahaya kepada produk Shaklee kerana pertukaran anda akan membawa kepada kesihatan yang lebih bagus kerana Shaklee menjanjikan bahawa produknya adalah 100% selamat digunakan.

Sharing is caring...


Hubungi saya Roslina Mohd Arshad di:
013-46417801 @
email : roslina.arshad76@gmail.com
untuk pesanan atau konsultasi percuma.


Thursday, July 4, 2013

Ibu Bakal Menunaikan Umrah



Lagi seminggu jer lagi ibu saya akan berangkat ke Mekah untuk menunaikan umrah. Tak sangka, ibu saya akan dapat menjejakkan kaki lagi ke Tanah Suci Mekah. Kali pertama ibu pergi menunaikan haji sewaktu saya darjah 6. Masa tu sedih sungguh rasanya kena tinggal sebab saya masih kanak-kanak. Tapi kini saya sedih jugak sebab ibu sudah uzur, umurnya pun sudah menjangkau 60 tahun. Kesian sungguh bila mendengar rintihannya yang selalu sakit terutama selalu sakit lutut dan pening-pening. Tapi saya bersyukur kerana Allah izinkan ibu menjejakkan kakinya sekali lagi ke tanah suci Mekah untuk kali keduanya dan ditemani oleh abang, kakak ipar dan ibu saudara. Hajat dihati nak ikut serta tapi apakan daya, masih ada tanggungjawab ke atas suami dan anak-anak. Anak saya akan menduduki UPSR tak berapa lama lagi. Kesian jugak dekat suami nak kena uruskan 4 orang anak sekaligus. Kalau panjang umur, murah rezeki dan dengan izin Allah, akan sampai juga saya dan suami di sana...amin...doakan saya yer...Doakan juga ibu dan keluarga saya sihat di sana dan dapat menunaikan umrah dengan sempurna...

Saya terfikir-fikir, apa vitamin yang patut saya bagi ibu untuk ke tanah suci sebab dia pergi sewaktu umat Islam seluruh dunia sedang giat berpuasa. Mencabar sungguh tu... Kalau ikutkan hati, semua vitamin saya nak suruh ibu telan tapi tak mungkin semua tu, tahu-tahu sajalah kan, nak telan banyak-banyak. So, the best solution, saya akan bekalkan ESP, PERFORMANCE DRINK, ADVANCE JOINT HEALTH & NUTRIFERON untuk di makan manakala HERBAL BLEND untuk disapu pada tumit kaki bagi mengelakkan pecah-pecah. Ok jom kita tengok secara ringkas apa fungsi semua vitamin tadi untuk sewaktu berpuasa :

Tuesday, June 25, 2013

Pengalaman Demam Denggi Bersama Vitamin SHAKLEE


Assalamualaikum dan selamat sejahtera... Dah lama saya nak berkongsi cerita saya kena demam denggi ni tapi saya ni bukan pencerita yang baik, jadi nak mengarang tu ambil masa yang agak lama tapi akhirnya, siap juga walaupun dah skip banyak.... Macam tulis novel pendek pulak...konon... Entah orang faham ke tidak baca cerita ni...tapi sudi2kan jugak baca yer....


Pada hujung bulan Februari hari tu saya dan suami disahkan terkena wabak demam denggi. Memang kawasan perumahan kami ramai yang kena. Maklumlah hujan panas silih berganti waktu tu, 2 hari hujan, 3,4 hari pulak panas. Sempatlah nyamuk aedes membiak. Nak dijadikan cerita, kami suami isteri kena demam serentak. Sakit kepala, sakit sendi, lenguh badan, hanyaTuhan saja yang tahu. Selimut jangan ceritalah, berlapis-lapis. Selepas 4 hari demam maka kami mengambil keputusan untuk melakukan ujian darah...memang sah kami kena demam denggi.

Saturday, June 22, 2013

Fungsi DHA dan ARA dalam susu ibu



Bagi ibu-ibu yang mempunyai bayi, pasti tidak asing bila mendengar nama DHA dan ARA. DHA dan ARA merupakan asid lemak yang sangat diperlukan bayi untuk perkembangan otak dan ketajaman penglihatan. Hampir semua pengeluar susu formula berlumba-lumba memperbanyakkan kandungan DHA dan ARA. Harga susu akan naik berlipat kali ganda jika mengandungi DHA dan RNA berbanding yang tidak mengandungi asid lemak essential itu.


Sebenarnya bayi kita mampu memperolehi DHA dan ARA secara percuma. Dimana? Sudah tentu didalam susu ibu. Sebagaimana yang kita tahu, bayi yang menyusu ibu sepenuhnya, perkembangan otaknya lebih bagus jika dibandingkan dengan bayi yang memnggunakan susu formula. Dari kajian yang dilakukan, didapati susu ibu mengandungi asid lemak ini. Walaupun jumlahnya sedikit, tapi ternyata ia sangat penting untuk perkembangan intelektual dan penglihatan anak.

Dari kajian yang dilakukan didapati :

Friday, February 1, 2013

Omega 3 baik untuk ibu mengandung

Saat kehamilan adalah saat yang sangat dinantikan oleh pasangan yang berumah tangga. Sudah semestinya, seorang bakal ibu menginginkan yang terbaik untuk diberikan kepada anak sepanjang proses kehamilan tersebut. Jadi bukan sesuatu yang pelik bila bakal ibu akan berbelanja lebih untuk membeli makanan kesihatan agar kesihatan dirinya dan bakal anak yang lahir nanti sihat dan cerdas.

Penyelidikan saintifik telah membuktikan bahawa salah satu bahan yang boleh membuatkan otak cergas dan sihat ialah Omega 3. Omega 3 boleh diperolehi dalam ikan laut air sejuk seperti sardin, makarel, hearing dan salmon. Tetapi ibu tidak digalakkan untuk memakan ikan tersebut secara terus kerana bimbang ikan tersebut tercemar dengan logam berat seperti merkuri yang boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan. Jadi, bakal ibu digalakkan untuk mengambil makanan tambahan kerana ia diyakini selamat. Minyak ikan yang berkualiti tinggi dari pengilang yang mempunyai reputasi yang baik memberikan manfaat kesihatan yang baik tanpa risiko ketoksinan. Ibu hamil digalakkan untuk mengambil omega 3 pada trimester ke-3 kerana pada waktu itu pembangunan mata bayi berkembang dengan pesat sekali.